Tanggal____________sekolahku telah mengadakan Kem Bestari Solat unutk murid tahun 1 hingga 5.Dalam masa yang sama ,aku mengadakan kursus dalaman untuk guru2 untuk slot pertama dan slot kedua kursus kesihatan.
Kebetulan dalam beg aku tersimpan duit yang banyak dan berbagai kususun rapi di tambah dengan gelang berlian yang dibeli semasa perkahwinan aku.Bukan itu sahaja,adalagi gelang tangan anak aku dan gelang tangan syiling emas yang aku beli daripada seorang tok guru di sebuah pondok dan telah pun menjadi arwah.
Sepanjang suamiku belajar di university,aku dan anak2 pernah dibeli dengan baju murah lantaran kekurangan wang.Walaupun suamiku ada harta tapi oleh kerana di kendalikan oleh bapa angkatnya,jadik tak dapatla kami merasa hasil harta arwah peninggalan datuk saudaranya.
Suamiku ditinggalkan oleh ibunya semasa usia 40 hari. Kemudian dia dipelihara oleh datuk saudaranya,seorang Raja Tanah (Boundry).Datuk lelaki,datuk perempuan dan emak saudaranya meninggal semasa Perang Jepun di Kuala Muda bagi menyelamatkan anak muridnya masuk kubu.Datuknya seorang Guru Besar di sekolah Kuala Muda. Lantaran itu,ibunya dipelihara oleh datuk saudaranya,seorang raja tanah yang dikenali sebagai Hashim dan isterinya,Sariyah.Kakaknya berkahwin dengan Sultan di Perak tapi aku tidak ingat isteri yang ke berapa
Aku memang bercita-cita untuk mendapat yang termahal tapi kadang2 aku takut disoal di akhirat tapi aku mempunyai prinsip kalau orang boleh kenapa aku tidak.Lantaran itulah,aku bekerja sekuat mungkin untuk memiliki apa yang aku nak.
Allah selalu menyebelahi aku,tapi mungkin hari itu,Allah marah kerana kelalaianku.Beg Boniaku selalu tidak ditutup zipnya dan pada hari itu kususun banyak duit didalam beg dan ada juga yang ku pamerkan untuk menyenangkan aku-Maksud aku RM250 aku di satu tempat,RM 150 satu tempat dan banyak lagi kususun mengikut apa keperluan yang aku jelaskan.Banyak lagi duit aku baru keluarkan dari bank untuk membayar kereta.Dalam pada itu,kuletak lagi dalam beg aku seutas gelang tangan anakku dan rantai berlian ,duit hantaran suamiku.
Rantai tangan berlian baru aku panjangkan sedikit di kedai kerana kebetulan anak sudah enam orang.Tangan dan badankiu yang dulu kecil molek mula mengembang sana dan sini dan tak padan dah atau tak muat kata orang.Aku dimarahi oleh suamiku kerana menyimpan rantai tangan dalam beg tapi aku beralasan untuk memperbaiki lagi kerana sebutir berlian sudah pun gugur dan aku kan perbaiki bila berjumpa kedai.Kebetulan aku beli rantaiku di Pulau Pinang dan perbaikinya pun di Pulau Pinang.
Satu hari aku ke rumah sepupu aku,aku menegurnya,”Kak ada terima cincin mutiara aku kirim pada si anu,”.Dengan nada sinis dia menjawab,”Hah! Ada.Saya pun hairan kenapa tapi tak apala dah orang tak mahu bercakap.Tapi hati kecil masih bertanya kenapa pula?
Besoknya,saya masih ke rumah sepupu yang seorang lagi bertanyakan kenapa Kak Ana (nama samaran) sinis dengan aku sebab selama iniaku dah anggap dialah kak kandung.Kebetulan aku tidak mempunyai kakak.
Sesampainya aku di rumah sepupuku,terus aku bertanya perihal kak Ana tu pada sepupuku.Wah sungguh terkejut bila mendengar dari mulutnya bahawa menuduh anaknya mengambil tas tangan aku.Mengucap aku dan aku reflex balik patutla dia sinis terhadap aku.
Dengan itu,aku mengambil keputusan berdiam diri dan tidak memperdulikan sapa lagi.Aku berserah pada takdir kerana aku ingat pepatah ada menyebut”Sudah jatuh ditimpa tangga.”
Keperitan aku menyiapkan passport yangbersama beg aku,aku rasa macam nak bersumpah supaya dia sebelum ia mati atau dia dating merangkak meminta maaf padaku sebelumdia menghembuskan nafas terakhir.Apa tidaknya,untuk menyiapkan passport aku terpaksa bergegas ke Angkasa Perlis,pergi ke Alor Setar dan balik lagi ke Klinik Kangar dan balik lagi ke luar.Kadang2 aku terpaksa mengambil masa lima bulan.Oleh kerana kesusahan aku yang begitu.Itulah aku geram tapi bila berfikir balik Allah saying.